Showing posts with label Garam. Show all posts
Showing posts with label Garam. Show all posts

Tuesday, March 9, 2021

Minggu Kesedaran Garam Sedunia : 8-14 Mac 2021

Majlis Pelancaran Minggu Kesedaran Garam Sedunia dan Webinar Bertajuk "Garam: Penambah Perisa atau Derita? melalui FB KKM.

Kajian pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia (MyCoSS 2017/2018) mendapati bahawa purata pengambilan garam adalah sebanyak 7.9 gram sehari atau bersamaan dengan 1.6 sudu teh. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih mengambil garam melebihi daripada saranan yang ditetapkan untuk kurang daripada 5.0 gram (1 paras sudu teh) dalam sehari.

Ubah suai masakan kepada lebih sihat dan kerap makan di rumah atau bawa makanan yang dimasak di rumah ke tempat kerja.

Sempena minggu kesedaran garam sedunia 2021, mari amalkan membaca label makanan sebelum dibeli. Bandingkan maklumat kandungan natrium dan pilihlah makanan yang mengandungi natrium yang rendah.

Kenali sumber lain bagi natrium (sodium) dalam makanan selain garam seperti yang disediakan dalam infografik berikut. Kurangkan penggunaan sos, garam atau kicap dalam makanan.

Tukar gaya hidup anda kepada gaya hidup yang lebih baik dan mulakan ia dengan penyediaan makanan sihat tanpa garam!

Risiko sakit jantung dan strok dapat dikurangkan jika kita menghadkan pengambilan garam tidak melebihi 1 sudu teh sehari.

Elakkan juga bahan berperisa, makanan terproses, makanan ringan dan makanan diawet untuk gaya hidup yang lebih sihat!

Awasi garam tersembunyi daripada makanan yang anda ambil setiap hari. Perubahan kecil anda hari ini akan memberi impak yang besar kepada kesihatan anda pada masa akan datang. Sedap tidak semestinya masin.

Monday, December 21, 2020

Pengiodinan Garam Secara Universal Malaysia

Tahukah anda kenapa garam dipilih sebagai medium untuk menambah zat iodin

Garam dipilih kerana ia digunakan secara meluas oleh setiap golongan masyarakat dan tidak mengira usia. Ianya juga dipilih kerana kos yang rendah dan tidak membebankan pengguna.

Layari pautan http://nutrition.moh.gov.my/universal-salt-iodization-usi/ untuk maklumat lanjut.

**Bermula 1 Januari 2021, semua garam (pek ≤20kg) yang dijual di pasaran adalah garam beriodin. Kegagalan berbuat demikian, pengilang dan penjual boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dari 2 tahun**

Tahukan anda pek garam beriodin hendaklah dilabelkan dengan perkataan ’Garam Halus Beriodin’ atau ’Garam Beriodin’ !?

Sekiranya gagal meletakkan label berdasarkan standard yang ditetapkan, pengeluar garam boleh disabitkan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983.

Ketahui kaedah penyimpanan garam beriodin yang betul di setiap peringkat bagi memastikan kandungan iodin kekal dalam paras yang ditetapkan.

Layari pautan http://nutrition.moh.gov.my/universal-salt-iodization-usi/ untuk maklumat lanjut.

**Bermula 1 Januari 2021, semua garam (pek ≤20kg) yang dijual di pasaran adalah garam beriodin. Kegagalan berbuat demikian, pengilang dan penjual boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dari 2 tahun**

Selamat Tahun Baru 2021

Bermula tahun baru ini, pastikan garam yang anda beli di pasaran untuk kegunaan memasak di rumah atau di kedai makan adalah Garam Halus Beriodin atau Garam Beriodin! 

**Bermula 1 Januari 2021, semua garam (pek ≤20kg) yang dijual di pasaran adalah garam beriodin. Kegagalan berbuat demikian, pengilang dan penjual boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dari 2 tahun**

Pastikan anda mengetahui cara memilih garam beriodin yang betul semasa pembelian di kedai runcit atau pasar raya berhampiran rumah anda!

Layari pautan http://nutrition.moh.gov.my/universal-salt-iodization-usi/ untuk maklumat lanjut.

**Bermula 1 Januari 2021, semua garam (pek ≤20kg) yang dijual di pasaran adalah garam beriodin. Kegagalan berbuat demikian, pengilang dan penjual boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dari 2 tahun**

Amalkan 4 langkah penyimpanan garam beriodin di rumah bagi mengelakkan zat iodin di dalam garam meruap keluar.