Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Monday, February 3, 2025

Hari Penyakit Tropikal Terabai : 30 Januari 2025

Hari Penyakit Tropika Terabai Sedunia - World Neglected Tropical Disease (NTD) Day disambut pada 30 Januari setiap tahun.

Penyakit-penyakit tropika terabai (NTD) adalah kumpulan 20 jangkitan penyakit tropika yang disebabkan oleh pelbagai patogen termasuk virus, bakteria, parasit dan kulat.
Penyakit puru (yaws), denggi, chikungunya, kusta (leprosy) dan leptospirosis adalah antara penyakit tropika yang dilaporkan di Malaysia.
Bersama-sama kita memainkan tanggungjawab dan memberi komitmen dalam membanteras penyakit yang boleh dicegah ini.



Thursday, January 9, 2025

Jangkitan Human Metapneumovirus (hMPV)

Human Metapneumovirus (hMPV) adalah jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus dari keluarga Pneumoviridae.

Jangkitan hMPV bukanlah penyakit baharu dan tidak diwajibkan untuk dinotifikasi di bawah Akta 342.

Gejala penyakit ini seperti batuk, sakit tekak, demam, selesema, dan sakit kepala adalah sama dengan gejala penyakit jangkitan saluran pernafasan yang lain.

Untuk mencegah jangkitan, amalkan langkah-langkah seperti kerap mencuci tangan, menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin, serta memakai pelitup muka, terutama di tempat sesak atau jika bergejala.

Dengan meningkatkan kesedaran dan mengamalkan langkah pencegahan, kita dapat bersama-sama mencegah penyebaran jangkitan penyakit saluran pernafasan, termasuk hMPV.

Sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan untuk kesejahteraan semua.





Tuesday, December 24, 2024

Apa Itu Albinisme?

Albinisme terjadi akibat mutasi pada gen tertentu yang mengawal penghasilan melanin. Gen ini bersifat resesif, di mana kedua-dua ibu bapa perlu membawa gen tersebut untuk diwariskan. Albinisme bukanlah penyakit, tetapi merupakan satu keadaan genetik yang dialami sejak lahir.

Walaupun tiada rawatan khusus untuk albinisme, individu yang mengalaminya boleh mengambil langkah untuk melindungi kulit dan meningkatkan penglihatan mereka. Antara langkah yang disarankan adalah memakai cermin mata hitam berkualiti tinggi yang mampu menyekat sinaran ultraungu serta menggunakan pakaian dan topi pelindung matahari semasa berada di luar rumah.