Showing posts with label Hepatitis. Show all posts
Showing posts with label Hepatitis. Show all posts

Friday, July 28, 2023

Hari Hepatitis Sedunia - 28 Julai 2023 One Life, One Liver

Hari Hepatitis Sedunia disambut pada 28 Julai pada setiap tahun.

Hepatitis merujuk kepada penyakit keradangan hati atas pelbagai sebab . Diantaranya adalah virus seperti jangkitan virus Hepatitis A,B,C, D dan E, hati berlemak , alkohol , ubat ubatan tertentu, penyakit autoimmune, kuprum berlebihan dan lain lain lagi. Yang paling ketara adalah disebabkan oleh virus Hepatitis B dan Hepatitis C yang kronik.

Tema pada tahun ini ialah “One Life, One Liver’ (Satu Nyawa , Satu Hati ) menekankan kepentingan organ hati untuk kehidupan yang lebih sihat dan keperluan meningkatkan pencegahan penyakit hepatitis. Sehubungan itu, saringan dan rawatan penting untuk mengoptimumkan kesihatan hati seterusnya mencapai sasaran menghapuskan hepatitis pada tahun 2030.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan amalan kebersihan diri yang tinggi bagi mengelakkan risiko jangkitan hepatitis.  



Monday, July 26, 2021

The ABC Of Viral Hepatitis

Viral hepatitis is usually caused by the hepatitis A, B, or C virus. Our infographic in conjunction with #WorldHepatitisDay highlights these 3 types of viral hepatitis and the different ways that they are transmitted.





Hepatitis Can't Wait Sempena Hari Hepatitis Sedunia Peringkat Negeri Johor 2021

 


Hepatitis Can't Wait

Viral hepatitis is the 7th most common cause of mortality in the world, and of all viral hepatitis-related deaths, approximately 48% are attributable to hepatitis B and hepatitis C viruses.
However, up to 95% of those living with hepatitis are unaware and undiagnosed.


Watch video: Hepatitis Can't Wait

Ketahui Hepatitis B & C, Bertindak Sekarang

 


Wednesday, July 7, 2021

What Is Viral Hepatitis

Viral Hepatitis: What you need to know.

Hepatitis means an inflammation of the liver. One of the most common causes of hepatitis is a viral infection. There are 5 types of viral hepatitis, each caused by a different virus. Hepatitis A, B, and C are the most common.





Sunday, August 23, 2020

Risiko Pesakit Hepatitis Dijangkiti Covid 19

Masih belum ada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa jangkitan COVID-19 boleh menyebabkan kerosakan hati.

Walau bagaimanapun adalah disarankan agar pesakit-pesakit Hepatitis mengamalkan langkah pencegahan iaitu mengelakkan 3S atau 3C dan mengamalkan 3W.



Saturday, August 22, 2020

Melindungi Hepar/Hati anda Dengan Vaksin

Jangkitan virus Hepatitis boleh menyebabkan keradangan hepar/hati. Cegah Hepatitis A dan Hepatitis B dengan vaksin. Ambil kedua-dua vaksin ini untuk melindungi hepar/hati anda.


Tuesday, July 28, 2020

Hepatitis B

Pernah dengar Hepatitis B tapi tak tahu penyakit apakah ini? Bagaimana seseorang itu berisiko dijangkiti Hepatitits B? Apa prosedur yang perlu seseorang itu jalani jika dijangkiti Hepatitis B? Semua persoalan ini telahpun dijelaskan dalam video yang dihasilkan oleh Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian kesihatan Malaysia ini.


Kongsi dan tag orang-orang yang anda sayang supaya lebih ramai orang memahami tentang Penyakit Hepatitis B.


Penyakit Hepatitis merupakan penyakit daripada jangkitan virus hepatitis. Jangkitan virus hepatitis B dan C boleh menyebabkan komplikasi seperti sirosis hati dan kanser hati.
Pemberian vaksin hepatitis B di bawah Program Imunisasi Kebangsaan telah berjaya mengawal penularan jangkitan hepatitis B semenjak lebih dua dekad yang lalu.


Hepatitis C boleh dirawat sepenuhnya dengan menggunakan ubat antivirus atau Direct-Acting Anti Viral Agent (DAA). Rawatan ini diberikan secara percuma di fasiliti kesihatan kerajaan yang terpilih di seluruh negara.

Pada sambutan tahun ini, saya menyeru rakyat Malaysia khususnya dari kumpulan berisiko untuk menjalani saringan hepatitis, dan seterusnya mendapatkan rawatan.
Selamat menyambut Hari Hepatitis Sedunia 2020.

Lets "Find the Missing Millions"


Siri Awak Tanya Pakar Jawab kali ini menampilkan YBhg Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Pakar Perunding Gastroenterologi yang akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai Penyakit Hepatitis A, B dan C. 

Ikuti siri kali ini dimana beliau akan menjelaskan jenis hepatitis yang sering berlaku dalam kalangan rakyat negara ini dan ketahui samada penyakit ini sejenis penyakit berjangkit ataupun tidak.