Showing posts with label Smoking. Show all posts
Showing posts with label Smoking. Show all posts

Wednesday, October 16, 2024

Jom Quit : Perkhidmatan Berhenti Merokok, Di Hujung Jari Anda!

Rawatan berhenti merokok kini dipermudah dengan teknologi terkini.

Berinteraksilah bersama Cik Era di laman sesawang jomquit.moh.gov.my bagi mendapatkan nasihat dan kaedah rawatan berhenti merokok dan vape berstruktur yang ditawarkan oleh KKM di fasiliti awam dan swasta di seluruh negara.

Pilih untuk sihat, berhentilah merokok dan vape sekarang.





Wednesday, November 15, 2023

Rokok, Jantung Dan Paru-Paru

Perokok terdedah dengan risiko serangan jantung yang serius sehingga boleh mengakibatkan kematian.

Jantung memainkan fungsi penting dengan mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membekalkan oksigen. Namun, jantung perokok terpaksa bekerja lebih keras disebabkan penyempitan saluran darah seterusnya memicu serangan jantung.

Oleh itu, para perokok boleh mendapatkan bantuan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang https://jomquit.com/



Wednesday, December 15, 2021

12 Petua Berhenti Merokok

Mengapa saya harus #berhentimerokok?

Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan. Ia meningkatkan risiko untuk mendapat pelbagai penyakit serius termasuk kanser dan boleh menyebabkan kematian.

Risiko ini bukan sahaja kepada anda, tetapi juga orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.

Dapatkan bantuan melalui Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit dengan melayari laman sesawang www.jomquit.com



Wednesday, October 27, 2021

Kesan Jangka Panjang Merokok

Jika sukar ubah tabiat, ubahlah tingkahlaku

Tabiat buruk merokok adalah sukar untuk berubah, kerana perokok tidak boleh mengawal tabiat semulajadi ini yang telah menjadi kebiasaan dalam persekitaran mereka.
Ubah strategi dengan membuat perubahan tingkahlaku dalam kesihatan untuk 'menjauhkan' perokok kepada tabiat buruk ini. Perubahan tingkahlaku dalam kesihatan ialah perubahan kepada gaya hidup sihat seperti bersenam, makan secara sihat, tidak minum minuman beralkohol dan rehat yang cukup di samping kesihatan mental yang baik seperti mengelak berada dalam tekanan.
Realitinya, ramai yang tidak boleh berhenti merokok kerana mereka merokok apabila bosan dan tertekan. Dari psikologi kesihatan, perokok akan meninggalkan tabiat buruk itu apabila mencapai satu tahap, perubahan tingkah laku kesihatan itu positif dan berkesan kepada mereka. Sikap positif yang baharu biasanya mengambil masa yang lama untuk berubah dan tabiat yang lama pula mengambil masa untuk berhenti. Perubahan tingkahlaku kesihatan juga memerlukan kepada perubahan 'persekitaran sekeliling'.
Orang di sekeliling kita adalah amat penting bagi persekitaran kita. Keluarga, rakan dan orang yang kita luangkan masa memberikan kesan terhadap kesihatan kita. Mereka boleh membantu untuk memperbaiki dengan memberikan galakan atau menjadi model yang positif, tetapi mereka juga boleh memberi impak negatif.
Ini tidak bermakna seorang perokok perlu berhenti berjumpa atau bersosial dengan rakan-rakan yang merokok. Sebaliknya beritahu rakan-rakan, 'saya sedang berusaha berhenti merokok dan saya amat mengharapkan sokongan dan bantuan rakan-rakan."Rakan yang baik akan menyokong perubahan positif ini dan mungkin juga sama-sama berhenti merokok.
KKM menyediakan bantuan berhenti merokok secara profesional : jomquit.com




Monday, May 31, 2021

PAH Press Conference : World No Tobacco Day - 31st May 2021


World No Tobacco Day - 31st May 2021

The only instance when being a quitter is lauded - if you’ve kicked the smoking habit, give yourself a pat for making your health a priority and setting a good example to your peers.

Take this achievement one step further and help a friend or family break the habit, today!

To those who are trying, #CommitToQuit! Your time is NOW!

#worldnotobaccoday #31stMay




Friday, May 28, 2021

Smoking & Lung Cancer



Watch video : Smoking & Lung Cancer

What Starts To Happen To Your Body When You Quit Smoking?

It may seem like the damage has been done and it isn't worth quitting smoking, but that's simply not true. Did you know - your body will begin to heal itself after you quit. The sooner you give up smoking, the greater the benefit to your health.