Wednesday, February 5, 2025

Kanser Darah : Limfoma

Limfoma merupakan sejenis kanser yang melibatkan limfosit dalam sistem imunisasi manusia.

Terdapat 2 kategori limfoma iaitu Hodgkin Lymphoma dan Non-Hodgkin Lymphoma. Antara faktor risiko yang boleh menyebabkan berlakunya limfoma adalah keturunan, penyakit yang merendahkan imuniti tubuh dan pendedahan kepada bahan-bahan kimia berbahaya seperti benzene.





Immunotherapy In Blood Cancers

 


Kanser Hati

 


Tuesday, February 4, 2025

Hari Kanser Sedunia : 04 Februari 2025

Hari Kanser Sedunia disambut di peringkat antarabangsa pada 4 Februari setiap tahun. Tema kempen tahun ini adalah tentang memahami keunikan dan cabaran setiap individu menentang kanser.
Marilah kita terus memperkukuhkan semangat kebersamaan, memberi perhatian lebih kepada mereka yang memerlukan, dan menjaga kesihatan dengan penuh kesedaran.



Monday, February 3, 2025

Hari Penyakit Tropikal Terabai : 30 Januari 2025

Hari Penyakit Tropika Terabai Sedunia - World Neglected Tropical Disease (NTD) Day disambut pada 30 Januari setiap tahun.

Penyakit-penyakit tropika terabai (NTD) adalah kumpulan 20 jangkitan penyakit tropika yang disebabkan oleh pelbagai patogen termasuk virus, bakteria, parasit dan kulat.
Penyakit puru (yaws), denggi, chikungunya, kusta (leprosy) dan leptospirosis adalah antara penyakit tropika yang dilaporkan di Malaysia.
Bersama-sama kita memainkan tanggungjawab dan memberi komitmen dalam membanteras penyakit yang boleh dicegah ini.



Memahami Kematian Otak

Mati otak merujuk kepada keadaan tiadanya pengedaran darah dan oksigen (O2) ke otak yang menyebabkan keseluruhan sistem otak (termasuk batang otak, saraf tunjang dan bahagian-bahagian otak lain yang mengawal aktiviti-aktiviti penghidupan seperti pernafasan dan denyutan jantung) tidak lagi berfungsi dengan sempurna dan keseluruhannya.

Kehilangan fungsi otak ini umumnya tidak lagi boleh dipulihkan, akhirnya membawa kepada masalah kematian otak. Bagi segelintir pesakit, kematian otak boleh terjadi dahulu sebelum denyutan jantung mereka berhenti sepenuhnya.



Mencegah Strok

Strok atau angin ahmar merupakan kelumpuhan saraf yang berlaku disebabkan kekurangan oksigen yang dibawa ke bahagian otak.

Strok berlaku melibatkan sama ada sumbatan dalam saluran darah atau pun salur darah otak pecah menyebabkan darah tidak boleh pergi ke bahagian otak yang seterusnya.



Kanser Mulut

Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut.

Lakukan pemeriksaan mulut kendiri.

Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.