Tuesday, May 30, 2023

Series 7 : Harm of Harm Reduction in Tobacco Control : Advocating Against Harm Reduction : A Societal Perspective

 

Anda Ada Masalah Ketidakhadaman?

Sistem penghadaman yang sihat merupakan asas kepada kesihatan tubuh.

Ketidakhadaman berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti gaya hidup yang tidak sihat dan menghidap beberapa penyakit terutamanya yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Oleh itu, orang ramai perlu mengambil berat sistem penghadaman dengan mengamalkan gaya hidup sihat. 





Tuesday, May 16, 2023

Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan beberapa inisiatif saringan dengan tagline “Jom Saring”! Inisiatif saringan merupakan hasil kerjasama dengan rakan-rakan strategik KKM termasuk agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Antara program saringan yang dijalankan adalah seperti yang dikongsikan.

Penyakit tidak berjangkit atau Non-communicable Disease yang dikesan di peringkat awal boleh selamatkan nyawa.



Sembang Sihat @ IKN : Penjagaan Pesakit Yang Menerima Rawatan Radioterapi

 


Thursday, May 11, 2023

Takluki Obesiti : Tips Dan Strategi Untuk Menangani Masalah Berat Badan Berlebihan

 


Hari Lupus Sedunia - 10 Mei 2023

Hari ini 10 Mei 2023 merupakan Hari Lupus Sedunia atau juga dikenali sebagai Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau penyakit kronik autoimun yang merujuk kepada antibodi seseorang akan bertindak balas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri.

Penyakit ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. 

Berikan sokongan kepada pesakit lupus, agar mereka boleh terus menjalani kehidupan seperti biasa. 



Tuesday, May 9, 2023

Diam-Diam Ubi, Berisi. Diam-Diam Lelaki, Depresi

 


How To "Start" Stop Smoking / Vape?

 


Hari Thalassaemia Sedunia - 08 Mei 2023

Thalassaemia ialah penyakit genetik sel darah merah di mana pesakit tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. 

Hari Thalassaemia Sedunia disambut pada 8 Mei setiap tahun dengan memberi peluang kepada kita semua untuk menghargai para pesakit Thalassaemia sebagai tanda sokongan berterusan kepada mereka demi menjalani rutin harian yang lebih indah pada hari mendatang. 

Setiap daripada kita berupaya untuk menyumbang dengan memberikan inspirasi kepada pesakit ini walaupun secara peribadi untuk memerangi Thalassaemia kerana setiap orang mempunyai peranan yang besar untuk dimainkan dan tanggungjawab untuk bertindak.

•Thalassaemia boleh dicegah, dikawal dan dirawat dengan baik. Ayuh, ukirkan senyuman. Ubah persepsi diri, bukalah hati untuk mengenali mereka dengan lebih dekat.

•Tindakan anda pada hari ini, dapat mengubah masa depan ke arah yang lebih baik.

•Oleh itu, kepada semua yang pernah dan akan menderma darah, anda memberikan hadiah paling berharga untuk pesakit talasemia demi kelangsungan hidup mereka.




Tuesday, May 2, 2023

Pesakit Kanser : Apa Yang Akan Saya Lalui?

 


Hari Asma Sedunia : 02 Mei 2023

 Asma merupakan antara penyakit tidak berjangkit yang biasa berlaku dan memberi tekanan kepada beban kesihatan awam.

Ramai beranggapan asma hanya menyerang kanak-kanak tetapi sebenarnya asma boleh berlaku pada semua peringkat usia.

Penghidap asma tidak membataskan seseorang untuk bersenam jika terkawal.

Serangan asma boleh dicegah dan penghidap asma boleh menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

Hari Asma Sedunia disambut pada 2 Mei 2023 untuk memberi kesedaran tentang penyakit ini.