Asma merupakan antara penyakit tidak berjangkit yang biasa berlaku dan memberi tekanan kepada beban kesihatan awam.
Ramai beranggapan asma hanya menyerang kanak-kanak tetapi sebenarnya asma boleh berlaku pada semua peringkat usia.Penghidap asma tidak membataskan seseorang untuk bersenam jika terkawal.
Serangan asma boleh dicegah dan penghidap asma boleh menjalani kehidupan normal seperti orang lain.
Hari Asma Sedunia disambut pada 2 Mei 2023 untuk memberi kesedaran tentang penyakit ini.