Sunday, January 10, 2010

9 Tanda Amaran Kanser

  • Pendarahan dari faraj yang berlaku antara tempoh haid atau selepas putus haid
  • Benjolan pada payudara atau sebarang perubahan yang dikesan pada payudara
  • Perubahan pada amalan membuang air besar
  • Benjolan di leher yang tidak wujud sebelum ini
  • Suara garau lebih dari dua minggu
  • Pendarahan yang luar biasa dari hidung atau hilang pendengaran/telinga yang berdengung
  • Ulser yang tidak sembuh/benjolan/tompok-tompok putih dan merah di mulut
  • Sakit atau ketidakselesaan pada perut yang berterusan
  • Batuk yang berterusan dan kahak berdarah
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda di atas, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.


Sumber:
Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang