Monday, September 20, 2021

Kanser Limfoma : Apa Yang Perlu Anda Tahu?

Kanser limfoma adalah kanser darah yang terjadi apabila sel limfosit (sel darah putih) membiak di luar kawal. Gejala utama kanser limfoma adalah benjolan di leher, ketiak atau pangkal leher selain daripada demam berpanjangan, hilang selera makan, hilang berat badan serta ruam dan kegatalan kulit.

Namun, keadaan pandemik COVID-19 ini menyebabkan ramai orang takut untuk berjumpa dengan doktor walaupun mengalami gejala-gejala ini dan menyebabkan banyak kes limfoma lewat dikesan. Tingkatkan kesedaran tentang penyakit ini kerana pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa anda.

15 September setiap tahun Hari Kesedaran Limfoma Sedunia