Tuesday, March 22, 2022

Kanser Kolorektal (Usus Besar)

Kanser kolorektal atau kanser usus merupakan kanser yang kedua paling kerap berlaku di Malaysia selepas kanser payudara.

Kanser ini biasanya menyerang golongan berusia 50 tahun dan ke atas tetapi ini tidak bermakna golongan muda tidak berisiko untuk menghidapnya.

Faktor risiko utama kepada kejadian kanser kolorektal adalah faktor genetik, faktor diet pemakanan dan faktor sejarah keradangan usus.

Amalkan gaya hidup sihat dan hindari tabiat merokok bagi mengurangkan risiko penyakit ini.