Friday, July 28, 2023

Hari Hepatitis Sedunia - 28 Julai 2023 One Life, One Liver

Hari Hepatitis Sedunia disambut pada 28 Julai pada setiap tahun.

Hepatitis merujuk kepada penyakit keradangan hati atas pelbagai sebab . Diantaranya adalah virus seperti jangkitan virus Hepatitis A,B,C, D dan E, hati berlemak , alkohol , ubat ubatan tertentu, penyakit autoimmune, kuprum berlebihan dan lain lain lagi. Yang paling ketara adalah disebabkan oleh virus Hepatitis B dan Hepatitis C yang kronik.

Tema pada tahun ini ialah “One Life, One Liver’ (Satu Nyawa , Satu Hati ) menekankan kepentingan organ hati untuk kehidupan yang lebih sihat dan keperluan meningkatkan pencegahan penyakit hepatitis. Sehubungan itu, saringan dan rawatan penting untuk mengoptimumkan kesihatan hati seterusnya mencapai sasaran menghapuskan hepatitis pada tahun 2030.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan amalan kebersihan diri yang tinggi bagi mengelakkan risiko jangkitan hepatitis.