Hari Keselamatan Pesakit Sedunia disambut 17 September setiap tahun di Malaysia.
Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia tahun 2024 dengan tema yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah “Improving Diagnosis For Patient”.
Tema ini dipilih bagi meningkatkan kesedaran berkenaan diagnosis yang betul, selamat dan tepat serta mengelakkan berlaku kesilapan diagnosis yang menyumbang kepada kemudaratan pesakit.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited dalam mempertingkatkan dan memperkasakan lagi kualiti dan keselamatan perkhidmatan kesihatan untuk semua.