Wednesday, June 30, 2021

Cara Mencegah Risiko Kanser Payudara

Kanser payudara adalah kanser yang paling kerap didiagnosis pada wanita selain kanser paru-paru dan kanser usus. Dianggarkan bahawa satu dalam setiap lapan wanita akan menghidapi kanser payudara yang invasif dalam hidup mereka.

Walaupun ada faktor risiko tertentu seperti genetik yang tidak dapat kita ubah, terdapat banyak perubahan gaya hidup yang boleh kita lakukan untuk membantu pencegahan kanser payudara. Ada pelbagai cara yang anda boleh lakukan untuk mencegah kanser payudara. Anda boleh mulakan dengan melakukan perubahan dari segi gaya hidup dan melakukan strategi kesihatan tertentu.

Kanser payudara mungkin tidak mempunyai sebarang ubat, namun langkah pencegahan ini boleh dilakukan untuk elakkan diri daripada menghidap penyakit ini. Dan apa yang paling penting selepas melaksanakan langkah pencegahan ialah menjalani saringan kanser payudara dengan cara berkala.

Kita harus sentiasa beringat, bahawa kanser ini boleh kita cegah atau atasinya sekiranya ianya dapat di kesan dengan lebih awal. Cara terbaik untuk mencegah kanser payudara ialah dengan melakukan perubahan dari segi gaya hidup. Sebagai permulaan, kawal berat badan, banyakkan bersenam, tinggalkan tabiat merokok, elak minuman beralkohol dan amalkan diet sihat.