Thursday, February 3, 2022

Hari Penyakit Tropikal Terabai (Neglected Tropical Diseases , NTD) Sedunia 2022 : 30 Januari 2022

Selamat menyambut Hari Penyakit Tropikal Terabai (Neglected Tropical Diseases, NTD) Sedunia 2022.

Penyakit-penyakit tropikal terabai (Neglected Tropical Diseases) ialah kumpulan 20 jangkitan tropika yang disebabkan oleh pelbagai patogen termasuk virus, bakteria, parasit, kulat dan toksin.

Penyakit Denggi, Chikungunya, Kusta (Leprosy) dan Penyakit Anjing gila (Rabies) adalah antara penyakit tropikal yang dilaporkan di Malaysia.

Bersama-sama memainkan tanggungjawab dan memberi komitmen dalam membanteras penyakit yang boleh dicegah ini.