Penyakit Parkinson adalah gangguan sistem saraf progresif yang menjejaskan pergerakan.
Dikongsikan gejala awal penyakit ini. Gejala ini mungkin tidak jelas. Namun, apabila penyakit bertambah serius, gejala ini akan mempengaruhi aktiviti kehidupan harian.Tanda dan gejala penyakit Parkinson boleh berbeza untuk setiap orang. Tanda-tanda awal mungkin ringan dan tidak disedari. Gejala selalunya bermula pada satu bahagian badan anda dan biasanya kekal lebih teruk pada bahagian itu, walaupun selepas gejala mula menjejaskan kedua-dua belah.
Penyakit Parkinson tidak dapat disembuhkan. Namun rawatan (ubat dan pembedahan untuk kes tertentu) boleh melegakan dan memperbaiki gejala pesakit dengan ketara.
Oleh itu, rehabilitasi melibatkan kepakaran daripada pelbagai bidang adalah penting untuk pengendalian penyakit ini.
Berikan sokongan kepada pesakit Parkinson dan keluarga mereka.