Cacar monyet (mpox) adalah disebabkan oleh jangkitan virus mpox daripada kumpulan orthopoxviruses. Jangkitan berlaku melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan tersebut.
Tempoh inkubasi virus ini adalah antara 5 hingga 21 hari. Individu positif monkeypox boleh menjangkiti orang lain sehari sebelum gejala muncul dan sehingga semua lepuh telah kering sepenuhnya.
Oleh itu, orang ramai disarankan untuk berwaspada dan mendapatkan rawatan segera jika menunjukkan gejala monkeypox.