Wednesday, January 31, 2024

Ada Apa Dengan Ditidurkan?

 


Hari Penyakit Tropika Terabai Sedunia - 30 Januari 2024

Hari Penyakit Tropika Terabai Sedunia - World Neglected Tropical Disease (NTD) Day disambut pada 30 Januari setiap tahun.

Penyakit-penyakit tropika terabai (NTD) adalah kumpulan 20 jangkitan penyakit tropika yang disebabkan oleh pelbagai patogen termasuk virus, bakteria, parasit dan kulat.

Penyakit puru (yaws), denggi, chikungunya, kusta (leprosy) dan leptospirosis adalah antara penyakit tropika yang dilaporkan di Malaysia.

Bersama-sama kita memainkan tanggungjawab dan memberi komitmen dalam membanteras penyakit yang boleh dicegah ini.



Penyakit Puru (Yaws)

Penyakit yaws adalah antara Penyakit Tropika Terabai (NTD) yang masih lagi terdapat dan dikesan di sekitar kawasan pedalaman. Penghidap penyakit ini boleh membawa kepada kecatatan kekal sekiranya tidak dirawat dengan sempurna.

"Bersatu, Bertindak dan Hapuskan"

"Ke arah Eliminasi Yaws di Malaysia Menjelang 2030"



Monday, January 29, 2024

Hari Kusta Sedunia 2024 : Hentikan Kusta

Hari Kusta Sedunia disambut setiap hari Ahad terakhir pada bulan Januari setiap tahun. Pada tahun ini ia disambut pada 28 Januari 2024.

Penyakit ini adalah penyakit berjangkit yang tertua (selain dari tibi) dan ia bukanlah satu penyakit keturunan atau satu sumpahan. Ia boleh sembuh melalui pengambilan rawatan Multidrug Treatment WHO Regime (MDT).

Pesakit kusta tidak perlu diasingkan lagi.

Hentikan Kusta
'Beat Leprosy'





Thursday, January 11, 2024

Konjunktivitis

Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus.

Konjunktivitis boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi.
Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.



Semak Dan Bandingkan Harga Ubat

Ambil tahu dan buat penilaian sebelum pembelian ubat dengan membuat perbandingan harga melalui pelbagai sumber seperti:

  • Fasiliti kesihatan swasta dan farmasi komuniti
  • Aplikasi telefon pintar dan laman sesawang fasiliti kesihatan swasta dan farmasi komuniti
  • Harga Panduan Pengguna (HPP) di portal Program Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa mengalu-alukan orang awam untuk mengemukakan sebarang aduan berkaitan harga ubat yang dijual di fasiliti kesihatan swasta (hospital / klinik swasta) atau di farmasi komuniti, sekiranya anda merasa terbeban dengan harga ubat-ubatan untuk tindakan selanjutnya.





Tuesday, January 9, 2024

Januari Adalah Bulan Kesedaran Kanser Serviks

Kanser Serviks atau Pangkal Rahim adalah  kanser ketiga tertinggi dalam kalangan wanita di Malaysia.
 
Kanser ini adalah kanser yang boleh dicegah kerana ia boleh dikesan pada peringkat awal melalui ujian saringan. 

Jangkitan Virus Human Papilloma (HPV) adalah penyebab utama kanser serviks. Virus ini boleh dikesan melalui ujian HPV yang perlu dilakukan setiap 5 tahun sekali sekiranya keputusan adalah negatif. Apa yang menarik mengenai ujian ini ialah, ujian ini dilakukan sendiri oleh wanita, tidak menyakitkan dan sangat mudah.