Hari Penyakit Tropika Terabai Sedunia - World Neglected Tropical Disease (NTD) Day disambut pada 30 Januari setiap tahun.
Penyakit-penyakit tropika terabai (NTD) adalah kumpulan 20 jangkitan penyakit tropika yang disebabkan oleh pelbagai patogen termasuk virus, bakteria, parasit dan kulat.Penyakit puru (yaws), denggi, chikungunya, kusta (leprosy) dan leptospirosis adalah antara penyakit tropika yang dilaporkan di Malaysia.
Bersama-sama kita memainkan tanggungjawab dan memberi komitmen dalam membanteras penyakit yang boleh dicegah ini.