Tuesday, September 24, 2024

Hari Alzheimer Sedunia : 21 September 2024

Hari Alzheimer Sedunia disambut pada 21 September setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Alzheimer dalam kalangan masyarakat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan bahawa penyakit Alzheimer merupakan punca kematian ketujuh paling biasa di seluruh dunia.

Penyakit Alzheimer merujuk kepada penyakit neurodegeneratif atau penyusutan sel saraf otak yang terjadi secara progresif dan berperingkat. Antara gejala Alzheimer adalah sering lupa yang menjejaskan akitiviti seharian.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengurangkan risiko menghidap Alzheimer. Warga emas disarankan untuk mendapatkan rawatan jika menunjukkan gejala Alzheimer.