Wednesday, January 15, 2025

Rancang Pendermaan Darah Anda

 





Januari Adalah Bulan Kesedaran Kanser Serviks

 



Panduan Saringan Dan Pencegahan Kanser Bagi Wanita

Ujian saringan membantu individu mengesan kanser sebelum mengalami sebarang gejala. Pemeriksaan kanser yang kerap meningkatkan peluang pengesanan awal kanser serta kanser peringkat awal juga lebih mudah dirawat.

Dikongsikan panduan saringan dan pencegahan kanser bagi wanita.

Pengesanan Awal Adalah Perlindungan Yang Terbaik.



Thursday, January 9, 2025

Jangkitan Human Metapneumovirus (hMPV)

Human Metapneumovirus (hMPV) adalah jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus dari keluarga Pneumoviridae.

Jangkitan hMPV bukanlah penyakit baharu dan tidak diwajibkan untuk dinotifikasi di bawah Akta 342.

Gejala penyakit ini seperti batuk, sakit tekak, demam, selesema, dan sakit kepala adalah sama dengan gejala penyakit jangkitan saluran pernafasan yang lain.

Untuk mencegah jangkitan, amalkan langkah-langkah seperti kerap mencuci tangan, menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin, serta memakai pelitup muka, terutama di tempat sesak atau jika bergejala.

Dengan meningkatkan kesedaran dan mengamalkan langkah pencegahan, kita dapat bersama-sama mencegah penyebaran jangkitan penyakit saluran pernafasan, termasuk hMPV.

Sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan untuk kesejahteraan semua.