Showing posts with label Gastroesophageal reflux disease (GERD). Show all posts
Showing posts with label Gastroesophageal reflux disease (GERD). Show all posts

Monday, September 11, 2023

Langkah Pencegahan Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)

Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) merujuk kepada keadaan apabila asid perut mengalir ke esofagus yang merupakan saluran yang menghubungkan mulut dan perut.

Antara gejala GERD termasuklah pedih ulu hati, sakit dada, perut kembung, sukar menelan dan sebagainya. GERD yang tidak terkawal boleh mengganggu kualiti kehidupan seharian.

Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, orang ramai disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat termasuk menitikberatkan pemakanan sihat bagi mencegah GERD.



Tuesday, August 15, 2023

Faktor Risiko Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)

Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) atau pedih ulu hati berlaku apabila asid dalam perut mengalir semula ke dalam esofagus (saluran antara mulut dan perut). Ini berlaku akibat masalah otot sfinkter esofagus yang lemah. Apabila asid perut menyentuh esofagus, esofagus akan terhakis dan menyebabkan kesakitan dalam kalangan penderitanya.

Antara gejala GERD adalah pedih ulu hati dan rasa terbakar pada bahagian dada dan tekak. Faktor yang menyumbang kepada risiko untuk mendapat GERD adalah berat badan yang berlebihan dan makanan atau minuman yang boleh mencetuskan gejala seperti kopi, makanan masam, minuman berkarbonat, merokok dan lain-lain lagi.

Oleh itu, orang ramai hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengurangkan berat badan, menjaga pemakanan dan berhenti merokok, untuk mengelakkan penyakit ini demi kehidupan yang lebih berkualiti.






Wednesday, November 25, 2020

Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) Awareness Week - 17 To 23 November

What is GERD? You may ask. Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) is also known as acid reflux disease. It is a common digestive disorder that occurs when acidic stomach juice or food and fluids backflow from the stomach into the oesophagus. If you have any symptoms below, seek medical help right away.

Common GERD symptoms:
• Acid regurgitation
• Difficulty when swallowing
• Sudden excess of saliva
• Chronic sore throat
• Inflammation of the gums
• Chest pain or heartburn


In conjunction with GERD awareness week, we like to share with you some great information about GERD, the causes, and signs & symptoms of GERD.