250A, Jalan Air Itam, 10460 Pulau Pinang Tel:+604-2284140 Fax:+604-2264676 Email:ncsmpenang@gmail.com
Pages
- Home
- About Us
- Executive Committee
- Donate
- Cancer Support Groups in Penang
- Activities and Events
- Contact us
- Links
- 10 Early Warning Signs
- Female Screening
- Male Screening
- Breast Self Examination
- Breast Cancer
- Cervical Cancer
- Colorectal Cancer
- Nasopharyngeal Cancer
- Liver Cancer
- Lung Cancer
- Ovarian Cancer
- Prostate Cancer
- Testicular Cancer
- NCSM Toll Free Helpline
- NCSMPG: Proud To Be Volunteer
- NCSMPG : Blessed To Be Survivor
- NCSM ETIQA Free Mammogram
- Penang State Free Mammogram
- Insurance - Critical Illness & Health
- MyHealth : e-Majalah
- Upcoming Event : Save the Date
- Current Event : Happening Now!!!
- Items for Sale
Showing posts with label Hipertensi. Show all posts
Showing posts with label Hipertensi. Show all posts
Wednesday, November 29, 2023
Wednesday, June 16, 2021
Pembunuh Senyap : Penyakit Hipertensi
Hipertensi berlaku apabila bacaan tekanan darah individu yang tinggi secara berterusan, melebihi bacaan tertentu apabila tekanan darah sistolik sentiasa menunjukkan bacaan 140mmHg atau lebih. atau tekanan darah diastolik sentiasa menunjukkan bacaan sama atau lebih dari 90 mmHg.
Hipertensi boleh berlaku pada semua peringkat usia.
Wednesday, May 19, 2021
Hari Hipertensi Sedunia
Sempena sambutan Hari Hipertensi Sedunia yang akan disambut pada 20 Mei ini, anda dijemput untuk mengikuti Webinar dan Majlis Pelancaran bagi program ini melalui Fb LIVE KKM yang dijadualkan bermula pada jam 10:00 pagi.
Watch video : Hari Hipertensi Sedunia
Tuesday, May 18, 2021
Hari Hipertensi Sedunia 2021
SEMPENA SAMBUTAN HARI HIPERTENSI SEDUNIA 2021
Hari Hipertensi Sedunia pada tahun ini disambut pada 20 Mei 2021 dengan tema Tekanan Darah Terkawal, Hidup Lebih Sejahtera (Measure Your Blood Pressure Accurately, Control It, Live Longer) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit hipertensi (tekanan darah tinggi) di kalangan masyarakat Malaysia. Hipertensi merupakan penyumbang utama kepada penyakit kardiovaskular, strok, kegagalan buah pinggang dan seterusnya kematian pramatang di seluruh dunia. Hipertensi juga dikenali sebagai “pembunuh senyap” (silent killer) kerana ia sering tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala, dan ramai yang masih tidak menyedari mereka menghidapi hipertensi.
Kawalan tekanan darah yang baik juga adalah sangat penting terutamanya ketika pandemik COVID-19. Ini adalah kerana pesakit-pesakit yang mempunyai komorbiditi seperti hipertensi, kencing manis dan penyakit jantung adalah lebih terdedah untuk mendapat kesan yang lebih mudarat sekiranya dijangkiti penyakit COVID-19. Analisis kepada data pesakit kritikal yang dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan menunjukkan bahawa sebanyak 58.3% pesakit yang dirujuk kepada rawatan kritikal mempunyai sejarah penyakit hipertensi dan hampir separuh (49.4%) daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Selain itu, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 menunjukkan bahawa prevalen hipertensi di kalangan penduduk Malaysia dewasa berumur 18 tahun dan ke atas adalah 30.0% atau kira-kira 6.4 juta orang dewasa. Amat membimbangkan juga, daripada jumlah tersebut adalah dianggarkan 50% tidak mengetahui diri mereka menghidap penyakit hipertensi di mana ini mungkin disebabkan mereka tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan.
Sempena Hari Hipertensi Sedunia tahun ini, saya ingin menyarankan kepada seluruh rakyat Malaysia agar mengambil langkah-langkah berikut:
Berat badan berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah.
Hadkan pengambilan garam tidak melebihi 1 paras sudu teh sehari bagi mengurangkan risiko hipertensi.
Jika anda seorang perokok, berhenti merokok. Sekiranya anda bukan perokok, jangan mulakan tabiat ini.
Thursday, November 5, 2020
Hipertensi Atau Tekanan DarahTinggi
Lelaki yang berumur bawah 30 tahun adalah 3 kali lebih ramai mengalami hipertensi atau tekanan darah tinggi berbanding wanita.
Hipertensi yang tidak dirawat boleh menyebabkan serangan jantung, strok dan penyakit kardiovaskular lain. Amalkan gaya hidup sihat dan aktif untuk mengurangkan risiko hipertensi. #movember
Hipertensi yang tidak dirawat boleh menyebabkan serangan jantung, strok dan penyakit kardiovaskular lain. Amalkan gaya hidup sihat dan aktif untuk mengurangkan risiko hipertensi. #movember
Friday, July 3, 2020
Komplikasi Penyakit Hipertensi
Kira-kira 6.4 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi. Hipertensi atau tekanan darah tinggi yang tidak dikawal boleh mengakibatkan serangan jantung, strok dan penyakit kardiovaskular yang lain.
Adakah anda salah seorang penghidap penyakit ini?
Subscribe to:
Posts (Atom)














