Thursday, January 7, 2021

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

 


Banjir akan menyebabkan sampah sarap dan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air, ini akan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit berjangkit seperti: 

1. Penyakit Bawaan Air dan Makanan
Penyakit bawaan air dan makanan kerap berlaku semasa dan selepas kejadian banjir adalah seperti demam kepialu (typhoid), taun/kolera, hepatitis A, disentri dan keracunan makanan.
Antara gejala penyakit ini seperti cirit-birit, muntah, demam, sakit perut, dan sakit kepala. 

2. Penyakit Leptospirosis
Penyakit Leptospirosis adalah disebabkan oleh bakteria leptospira yang terdapat di dalam air kencing haiwan mamalia berkaki empat. Antara tanda-tanda penyakit leptospirosis ialah demam, sakit kepala, loya, muntah, sakit otot, kemerahan pada mata, ruam, sakit pada abdomen, jaundis dan air kencing berwarna kehitaman

3. Penyakit Konjunktivitis (Sakit mata)

Konjunktivitis atau Sakit Mata juga merupakan penyakit yang kerap terjadi semasa banjir.Penyakit yang disebabkan oleh kuman (bakteria atau virus) atau alahan
ini merupakan radang pada bahagian putih mata. Antara gejala sakit mata ialah mata merah,
berair dan pedih; discaj tahi mata yang berlebihan, mata terasa gatal dan mata sensitif terhadap cahaya.

4. Demam Denggi
Selepas banjir surut, banyak kawasan-kawasan yang berpotensi sebagai tempat pembiakan nyamuk Aedes. Antara tanda-tandanya ialah bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang  bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias,
sakit pinggang yang teruk.