Saturday, August 21, 2021

Vaksinasi Covid-19 Bagi Pesakit Terlantar Di Rumah

 Vaksinasi Covid-19 bagi pesakit terlantar di rumah.

Melalui kaedah pelaksanaan seperti outreach (jangkau luar) dan penglibatan anggota kesihatan, pesakit bed-ridden (terlantar) boleh mendapatkan vaksin dengan lebih mudah.

Namun, ahli keluarga perlulah memastikan pesakit ini mendaftar terlebih dahulu dengan cara memaklumkan kepada mana-mana fasiliti terdekat dengan tempat tinggal. Fasiliti yang dimaksudkan termasuklah Klinik Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan juga Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan sebagainya.