Monday, September 11, 2023

Langkah Pencegahan Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)

Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) merujuk kepada keadaan apabila asid perut mengalir ke esofagus yang merupakan saluran yang menghubungkan mulut dan perut.

Antara gejala GERD termasuklah pedih ulu hati, sakit dada, perut kembung, sukar menelan dan sebagainya. GERD yang tidak terkawal boleh mengganggu kualiti kehidupan seharian.

Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, orang ramai disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat termasuk menitikberatkan pemakanan sihat bagi mencegah GERD.