Wednesday, October 14, 2020

COVID-19 : Tindakan Di Tempat Kerja Tanggungjawab Majikan

Jadilah majikan yang bertanggungjawab.

Pastikan anda melakukan perkara yang tertera demi keselamatan semua pihak.



Apabila terdapat kes COVID-19 dikesan ditempat kerja, PKD yang menerima notifikasi kes positif akan melakukan siasatan kes dan penilaian risiko.

Majikan perlu melakukan sanitasi di ruang kerja kes positif dan ruang gunasama. Majikan juga perlu mengenal pasti pekerja yang memenuhi kriteria kontak rapat dan benarkan mereka bekerja dari rumah sehingga dihubungi oleh PKD untuk tindakan lanjut.

Penutupan tempat kerja pula berdasarkan penilaian berikut :
  • Bilangan pekerja yang positif
  • Bilangan pekerja yang terdedah kepada kes positif
  • Ruang kerja yang terlibat
  • Tahap pematuhan kepada SOP COVID-19

Pekerja dan majikan memainkan peranan penting dalam memutuskan jangkitan COVID-19.

Berikut bagaimana pengurusan kes kontak rapat 1 & 2 serta peranan majikan dalam mengekang penularan jangkitan COVID-19 di tempat kerja.