Gagap ialah keadaan di mana pertuturan menjadi tidak lancar atau tersekat-sekat. Masalah ini boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Antara punca berlakunya gagap adalah faktor genetik, kerosakan saraf, persekitaran (cenderung ikut gaya percakapan orang yang gagap) dan juga tekanan.
Secara tidak langsung, gagap dalam percakapan boleh memberi kesan negatif kepada individu terbabit. Seseorang yang gagap akan berasa malu dan rendah diri, mengelak dari berbual dengan orang ramai serta mengalami tekanan perasaan atau kemurungan.