Tuesday, October 5, 2021

6 Simptom Amaran Kanser Payudara

Memahami apa itu kanser payudara adalah penting bagi semua wanita.

Kanser payudara merupakan sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keadaan yang tidak terkawal. Jika tidak dikesan dan dirawat segera, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.

Masih terdapat segelintir masyarakat kita yang masih percaya bahawa kanser adalah penyakit yang tidak boleh pulih atau dirawat dan pasti akan menyebabkan kematian.

Tanggapan ini adalah tidak benar kerana sekurang-kurangnya satu pertiga kanser termasuklah kanser payudara boleh dicegah dan mampu dirawat secara berkesan sekiranya didiagnos di peringkat awal.