Wednesday, October 27, 2021

Kesan Jangka Panjang Merokok

Jika sukar ubah tabiat, ubahlah tingkahlaku

Tabiat buruk merokok adalah sukar untuk berubah, kerana perokok tidak boleh mengawal tabiat semulajadi ini yang telah menjadi kebiasaan dalam persekitaran mereka.
Ubah strategi dengan membuat perubahan tingkahlaku dalam kesihatan untuk 'menjauhkan' perokok kepada tabiat buruk ini. Perubahan tingkahlaku dalam kesihatan ialah perubahan kepada gaya hidup sihat seperti bersenam, makan secara sihat, tidak minum minuman beralkohol dan rehat yang cukup di samping kesihatan mental yang baik seperti mengelak berada dalam tekanan.
Realitinya, ramai yang tidak boleh berhenti merokok kerana mereka merokok apabila bosan dan tertekan. Dari psikologi kesihatan, perokok akan meninggalkan tabiat buruk itu apabila mencapai satu tahap, perubahan tingkah laku kesihatan itu positif dan berkesan kepada mereka. Sikap positif yang baharu biasanya mengambil masa yang lama untuk berubah dan tabiat yang lama pula mengambil masa untuk berhenti. Perubahan tingkahlaku kesihatan juga memerlukan kepada perubahan 'persekitaran sekeliling'.
Orang di sekeliling kita adalah amat penting bagi persekitaran kita. Keluarga, rakan dan orang yang kita luangkan masa memberikan kesan terhadap kesihatan kita. Mereka boleh membantu untuk memperbaiki dengan memberikan galakan atau menjadi model yang positif, tetapi mereka juga boleh memberi impak negatif.
Ini tidak bermakna seorang perokok perlu berhenti berjumpa atau bersosial dengan rakan-rakan yang merokok. Sebaliknya beritahu rakan-rakan, 'saya sedang berusaha berhenti merokok dan saya amat mengharapkan sokongan dan bantuan rakan-rakan."Rakan yang baik akan menyokong perubahan positif ini dan mungkin juga sama-sama berhenti merokok.
KKM menyediakan bantuan berhenti merokok secara profesional : jomquit.com