Monday, December 11, 2023

Ubat Anti- Viral Paxlovid

Paxlovid merupakan ubat antiviral yang boleh mengurangkan gejala COVID-19 dan mengelakkan penyakit daripada menjadi lebih teruk. Pesakit COVID-19 berisiko tinggi iaitu individu berusia 60 tahun dan ke atas, mempunyai daya tahan badan yang rendah, mempunyai apa-apa komorbid, obes, perokok atau bekas perokok, disarankan untuk mendapat rawatan Paxlovid. Paxlovid berkesan apabila diambil dalam tempoh masa lima (5) hari daripada hari gejala bermula. Sila dapatkan penilaian perubatan awal di fasiliti kesihatan berhampiran untuk menentukan kelayakan anda mengambil Paxlovid.




Friday, November 17, 2023

Hari Bayi Pramatang Sedunia :17 November 2023

Tarikh kandungan seseorang dikira dari hari pertama haid terakhir ibu tersebut. Kandungan yang mencapai 37 hingga 42 minggu dikira matang, manakala bayi yang dilahir sebelum 37 minggu ia dianggap kelahiran pramatang.

Kira-kira 1 dalam 10 kelahiran di dunia adalah kelahiran pramatang.

Antara penyebab kelahiran pramatang ini adalah pemakanan tidak sihat, merokok, penggunaan dadah, infeksi salur kencing
selain dari penyakit NCD seperti diabetes, penyakit jantung, masalah ginjal dan tekanan darah tinggi.
Bersempena Hari Pramatang Sedunia ini, ambil peluang untuk mempertingkatkan kesedaran dan mencegah kelahiran pramatang.



Wednesday, November 15, 2023

The Shadows Of Cancer : Understanding And Overcoming Fear

 


Rokok, Jantung Dan Paru-Paru

Perokok terdedah dengan risiko serangan jantung yang serius sehingga boleh mengakibatkan kematian.

Jantung memainkan fungsi penting dengan mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membekalkan oksigen. Namun, jantung perokok terpaksa bekerja lebih keras disebabkan penyempitan saluran darah seterusnya memicu serangan jantung.

Oleh itu, para perokok boleh mendapatkan bantuan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang https://jomquit.com/



Pneumonia Adalah Radang Atau Inflamasi Pada Paru-Paru

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Tanda-tanda pneumonia adalah batuk, demam dan susah bernafas. Namun demikian, pesakit yang mempunyai pneumonia, boleh menjadi lebih teruk sehingga tekanan darah jatuh yang dikenali sebagai septic shock dan membahayakan nyawa.

Pneumonia adalah jangkitan kuman yang selalunya berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas. Jangkitan ini berpunca dari virus, bakteria, kulat (fungus), tibi dan lain-lain.
Dikongsikan tanda-tanda sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami pneumonia.



Understanding The Role Of Medical Imaging In Healthcare

 


Jom Tanya Pakar : Dementia Gejala Tingkahlaku & Psikologi

 


Tuesday, November 14, 2023

Picky Eater Anak Autism & ADHD

 


Hari Diabetes Sedunia : 14 November 2023

Laporan NHMS (2019) menunjukkan bahawa 1 dalam 5 individu deawasa berumur 18 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes atau dianggarkan bersamaan dengan 3.9 juta penduduk Malaysia.

Bersempena Hari Diabetes Sedunia ini, tingkatkan kesedaran kita mengenai penyakit diabetes dan terapkan strategi amalan cara hidup yang sihat seperti pemakanan sihat dan seimbang serta kerap melakukan aktiviti fizikal untuk mengelak penyakit ini.

Jom Saring. Ketahui bacaan paras gula anda dengan melakukan saringan kesihatan.