Laporan NHMS (2019) menunjukkan bahawa 1 dalam 5 individu deawasa berumur 18 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes atau dianggarkan bersamaan dengan 3.9 juta penduduk Malaysia.
Bersempena Hari Diabetes Sedunia ini, tingkatkan kesedaran kita mengenai penyakit diabetes dan terapkan strategi amalan cara hidup yang sihat seperti pemakanan sihat dan seimbang serta kerap melakukan aktiviti fizikal untuk mengelak penyakit ini.