Tuesday, November 14, 2023

Hari Pneumonia Sedunia : 12 November 2023

Pneumonia adalah penyakit pernafasan yang menjejaskan paru-paru di mana jangkitan kuman menyebabkan kantung udara kecil di dalam paru-paru (alveoli) dipenuhi dengan nanah dan cecair, menyebabkan kesukaran bernafas kerana pengambilan oksigen yang terhad.

Pneumonia boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat, terutamanya bagi orang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai penyakit komorbid.
Cegah Pneumonia melalui:
  • Imunisasi
  • Pemakanan yang seimbang
  • Persekitaran yang bersih dan selamat