Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024.
Kesihatan Mental mampu mempengaruhi kualiti kehidupan seharian, tahap pembelajaran dan produktiviti seseorang jika tidak ditangani dengan berkesan. Anda tidak berseorangan, tampillah untuk mendapatkan bantuan.
Sila hubungi Talian HEAL 15555 untuk mendapatkan khidmat bantuan sokongan kesihatan mental dan tele-kaunseling.
Talian bantuan Krisis Kesihatan Mental 15555 (Help With Empathy And Love) beroperasi setiap hari termasuk cuti umum, 08:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam.