Showing posts with label Mental Health. Show all posts
Showing posts with label Mental Health. Show all posts

Thursday, October 10, 2024

Hari Kesihatan Mental Sedunia : 10 Oktober 2024

Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024.

Kesihatan Mental mampu mempengaruhi kualiti kehidupan seharian, tahap pembelajaran dan produktiviti seseorang jika tidak ditangani dengan berkesan. Anda tidak berseorangan, tampillah untuk mendapatkan bantuan.

Sila hubungi Talian HEAL 15555 untuk mendapatkan khidmat bantuan sokongan kesihatan mental dan tele-kaunseling.

Talian bantuan Krisis Kesihatan Mental 15555 (Help With Empathy And Love) beroperasi setiap hari termasuk cuti umum, 08:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam.




Wednesday, November 24, 2021

Thriving After Cancer : A Look Back & A Step Forward : Make Your Mental Health A Priority

We have come to the tail end of our psychosocial support LIVE sessions and our experts would like to take you through ‘A look back & a step forward’ before we begin a fresh start next year!

Join us this Friday, 26 November at 6.30pm and take-home tips on how to make your mental health a priority.

Friday, February 19, 2021

Tip Penjagaan Kesihatan Mental Kendiri Di Rumah

Penjagaan Kesihatan Mental Kendiri di Rumah. Take 5!
  •  Berkongsi perasaan dengan orang yang anda percayai
  •  Bertenang dan amalkan teknik relaksasi
  •  Beribadat dan lakukan aktiviti psikospiritual
  •  Berfikiran positif
  •  Beriadah dan bersenam
Mulakan bercakap dengan seseorang yang anda percaya.

Let's Talk Minda Sihat


Penjagaan Kesihatan Mental Individu dengan Penyakit Kronik di Rumah Semasa Pandemik COVID-19.

Minda yang sihat adalah penting dalam kawalan penyakit kronik.
  •  Pastikan bekalan ubat-ubatan mencukupi dan diambil mengikut waktu
  •  Lakukan riadah dan bersenam
  •  Ambil pemakanan yang sihat serta tidur yang mencukupi
  •  Kekal berfikiran positif
  •  Hubungi keluarga atau sahabat handai untuk mendapat sokongan sosial


Friday, December 11, 2020

Combating Burnout : How To Overcome Mental & Physical Exhaustion

During this Pandemic, it is important to understand ways to overcome mental and physical burnout. Join this programme organized by the School Of Communication USM with our very own Befriender, Dr.Kala who is going to talk about overcoming mental exhaustion and burnout, together with 2 credible panelists!













Thursday, December 10, 2020

Kesihatan Mental Milik Semua, Bersama Cegah Bunuh Diri.

Tip pelaporan yang berhemah mengenai pelaporan kejadian bunuh diri yang disarankan oleh WHO adalah
  1. Laporkan maklumat yang sahih dan tepat
  2. Gunakan mesej yang membawa harapan bahawa tingkah laku bunuh diri dirawat dan dipulihkan
  3. Gunakan ayat yang menjaga sensitiviti dan berempati
  4. Elakkan sensasi dan berhati-hati dalam melaporkan kes bunuh diri selebriti
  5. Kongsikan maklumat tentang cara mendapatkan bantuan kesihatan mental dan nombor talian bantuan
  6. Dapatkan input daripada doktor pakar tempatan dan agensi kerajaan seperti KKM dan KKMM.
Kesihatan Mental Milik Semua, Bersama Cegah Bunuh Diri.


Media memainkan peranan penting dalam pencegahan bunuh diri kerana
  1. Laporan berhemah mampu mencegah bunuh diri
  2. Laporan yang kurang selamat boleh menyebabkan peniruan bunuh diri dan melukai perasaan individu terutamanya yang mengenali mangsa
  3. Media mampu menjadi agen perubahan yang mendidik dan membentuk pemikiran masyarakat
  4. Pencegahan bunuh diri adalah tanggungjawab bersama
  5. Media perlu memberi peluang kepada pembaca dan penonton untuk memberikan maklum balas apabila cara pelaporan berunsur kurang selamat


Laporan mengenai kes bunuh diri perlu dilaporkan secara berhemah.
  • Elakkan daripada melaporkan kaedah bunuh diri secara terperinci
  • Elakkan pelaporan yang mensensasikan dan membawa stigma
  • Elakkan pelaporan yang mencerminkan hanya satu punca yang menyebabkan mangsa bunuh diri
  • Elakkan pelaporan yang memaparkan bunuh diri sebagai penyelesaian kepada masalah hidup.
  • Jangan mendedahkan identiti mangsa
  • Elakkan daripada menggunakan gambar atau video yang memilukan
  • Elakkan daripada menyebarkan nota bunuh diri mangsa
  • Elakkan pengulangan berita bunuh diri yang sama terutamanya selebriti
  • Elakkan daripada meletakkan berita bunuh diri di muka depan atau tajuk utama


Penyampaian berita atau maklumat perlulah dilakukan mengikut etika pelaporan yang betul terutamanya jika ia melibatkan kejadian bunuh diri.

WHO menyarankan agar pelaporan kejadian bunuh diri perlu dibuat mengikut tip yang berikut. Kesihatan mental milik semua, bersama cegah bunuh diri.


Monday, October 12, 2020

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020

10 Oktober setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Kesihatan Mental Sedunia.

Selamat Menyambut Hari Kesihatan Sedunia 2020.
Let’s Talk Minda Sihat.
T - Tell someone you trust about your problems
A - Ask for help
L - Listen without judgment
K - Know where to seek help

Kesihatan mental milik semua, bersama cegah bunuh diri !



Thursday, September 10, 2020

COVID-19 : Talian Sokongan Psikososial

Talian Sokongan Psikososial COVID-19 ini dikendalikan oleh petugas psikologi KKM dan sukarelawan MERCY.



Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia

Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia, pada tahun ini temanya adalah Let’s Talk Minda Sihat: Kesihatan Mental Milik Semua, Bersama Cegah Bunuh Diri.

Tema ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan penjagaan kesihatan mental, disamping mengajak masyarakat berganding bahu ke arah pencegahan tingkah laku bunuh dan mengurangkan stigma terhadap masalah kesihatan mental.

Tema kali ini bertepatan dengan situasi pandemik COVID-19 yang mempunyai impak yang signifikan terhadap kesihatan mental.


Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2020.

Antara usaha kerajaan dalam menangani isu tingkah laku bunuh diri adalah mengkaji undang-undang berkaitan kesalahan persubahatan dan cubaan bunuh diri di Malaysia.

Langkah ini membolehkan mereka yang mengalami kesihatan mental mendapatkan rawatan dan menerima pemulihan tanpa stigma.



Suicide Prevention : Let's Talk

10 September setiap tahun diisytiharkan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia.

Bunuh diri boleh dicegah dan sebagai ahli masyarakat, kita boleh mengambil tindakan:

1. Mengambil serius tentang masalah mereka
2. Mengambil masa untuk mendengar keluhan mereka; dan
3. Mengambil berat dan memberikan sokongan sosial kepada mereka.

Sekiranya keadaan tidak bertambah baik, bantu mereka mendapatkan rawatan pakar atau hubungkan mereka dengan perkhidmatan yang sedia ada. 

'Kesihatan mental milik semua, bersama mencegah bunuh diri'



Let's Talk Minda Sihat : Working Together to Prevent Suicide

Let's TALK Minda Sihat.
Working together to prevent suicide.
End Stigma saves lives.






Wednesday, September 9, 2020

Let's Talk Minda Sihat - Bersama Cegah Bunuh Diri

Let’s Talk Minda Sihat – Bunuh diri  boleh dicegah.
Hapuskan stigma, hulurkan bantuan. Anda boleh bantu dengan: cakna, tanya, rujuk
Tahukanh anda: Mitos vs Fakta
Kesihatan Mental Milik Semua, Bersama Cegah Bunuh Diri