Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia, pada tahun ini temanya adalah Let’s Talk Minda Sihat: Kesihatan Mental Milik Semua, Bersama Cegah Bunuh Diri.
Tema ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan penjagaan kesihatan mental, disamping mengajak masyarakat berganding bahu ke arah pencegahan tingkah laku bunuh dan mengurangkan stigma terhadap masalah kesihatan mental.Tema kali ini bertepatan dengan situasi pandemik COVID-19 yang mempunyai impak yang signifikan terhadap kesihatan mental.
Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2020.
Antara usaha kerajaan dalam menangani isu tingkah laku bunuh diri adalah mengkaji undang-undang berkaitan kesalahan persubahatan dan cubaan bunuh diri di Malaysia.
Langkah ini membolehkan mereka yang mengalami kesihatan mental mendapatkan rawatan dan menerima pemulihan tanpa stigma.