Ada yang 'naik' banyak sangat berat
Ada yang 'turun' berat
Ada yang 'tak naik-naik' berat
Serba salah dibuatnya kan?
Kenapa sangat penting bagi ibu mengandung memastikan kenaikan berat badan yang sihat? Ini adalah untuk memastikan perkembangan janin yang sihat dan mengekalkan kesihatan ibu di tahap optimum.
Hari ini kita kongsikan kepada semua ibu dan bakal ibu mengenai kenaikan badan yang 'sihat' sepanjang tempoh mengandung. Kenaikan berat badan yang sihat ini bergantung kepada BMI kita semasa kita booking di pemeriksaan antenatal yang pertama.
1) BMI rendah (<18.5) = kenaikan yang sihat adalah 0.5 kg seminggu
2) BMI normal (18.5 - 24.9) =kenaikan yang sihat adalah 0.4 kg seminggu
3) Lebih BMI (25 dan ke atas) =kenaikan yang sihat adalah 0.2-0.3 kg seminggu
Oleh itu, sangat penting untuk ibu yang mengandung makan sihat dan gerak aktif yang selamat untuk memastikan kenaikan berat yang sihat! Jangan lupa dapatkan nasihat pemakanan istimewa daripada Pegawai Sains Pemakanan di Klinik Kesihatan berdekatan anda.