Wednesday, September 23, 2020

Tembakau Dan Penyakit Jantung



Setiap tahun 1.9 juta kematian berlaku kerana penyakit jantung yang berpunca dari tembakau. Ini bersamaan satu dari lima kematian dari penyakit jantung.

Merokok beberapa batang rokok sehari, perokok sosial atau pendedahan kepada asap rokok sekunder mampu meningkatkan risiko penyakit jantung. Pengurangan 50% risiko penyakit jantung boleh dikurangkan selepas setahun sekiranya pengguna tembakau berhenti merokok.

Penggunaan tembakau tanpa asap pula menyebabkan kira-kira 200 000 kematian akibat masalah salur koronari jantung setiap tahun. Rokok elektronik juga meningkatkan tekanan darah tinggi yang juga meningkatkan risiko penyakit jantung.

Kini, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung meningkatkan risiko penyakit COVID-19 yang lebih parah/teruk. Melalui pemerhatian WHO, 67% kes kematian COVID-19 di itali mempunyai tekanan darah tinggi dan 43% kes kematian COVID-19 di Sepanyol adalah pesakit jantung.
Kawalan tembakau adalah kunci kepada penurunan kes penyaki jantung. Ia termasuk peningkatan Cukai rokok, larangan iklan rokok dan perkhidmatan berhenti merokok membantu perokok untuk berhenti.

More Info: Tobacco responsible for 20% of deaths from coronary heart disease