Monday, September 21, 2020

Ada Apa Dengan Bawang?



ADA APA DENGAN BAWANG?

Terdapat pelbagai jenis bawang yang ada di pasaran antaranya bawang merah, bawang besar, bawang putih, bawang kuning dan sebagainya.

Bawang merupakan dari genus Allium dengan pelbagai spesis berbeza iaitu allium cepa, allium sativa dan sebagainya. Ia sering digunakan di dalam penyediaan makanan samada sebagai sayur atau perencah/ penambah rasa semulajadi dalam masakan.

Kandungan nutrisi beberapa jenis BAWANG:

Nilai nutrisi untuk 100g BAWANG BESAR (Allium cepa) adalah 53 kalori membuatkan ia bukan sahaja merupakan makanan rendah kalori malah secara semulajadi ia juga bebas lemak. Disamping itu, bawang besar juga mengandungi vitamin C (8.4mg), potassium (11mg) dan serat (0.6 g).

Nilai nutrisi untuk 100g BAWANG MERAH (Allium fistulosum) adalah 62 kalori. Selain itu, bawang kecil mengandungi vitamin C (12.4mg), potassium (279mg) dan serat (0.6 g).

Nilai nutrisi untuk 100g BAWANG PUTIH (Alliun sativum) pula adalah 159 kalori . Bawang putih juga merupakan sumber vitamin C (13.3mg), potassium (329mg) dan serat (0.8 g).

Selain itu, bawang juga mempunyai sebatian organik seperti flavonoid dan organosulfur yang merupakan antioksidan. Antara antioksidan yang terdapat di dalam bawang adalah anthocyanin dan quercertin. Anthocyanins memberi kesan warna unggu/merah dan quercetin memberikan warna kuning/coklat pada bawang. Sulfur yang terdapat pada bawang pula memberi kesan rasa dan bau kepada bawang tersebut terutama apabila dihiris.

Selain memberikan RASA enak kepada hidangan dan masakan, pengambilan bawang dalam pemakanan harian juga membantu menyumbang kepada keperluan nutrisi badan kita setiap hari.