Thursday, December 10, 2020

Kesihatan Mental Milik Semua, Bersama Cegah Bunuh Diri.

Tip pelaporan yang berhemah mengenai pelaporan kejadian bunuh diri yang disarankan oleh WHO adalah
  1. Laporkan maklumat yang sahih dan tepat
  2. Gunakan mesej yang membawa harapan bahawa tingkah laku bunuh diri dirawat dan dipulihkan
  3. Gunakan ayat yang menjaga sensitiviti dan berempati
  4. Elakkan sensasi dan berhati-hati dalam melaporkan kes bunuh diri selebriti
  5. Kongsikan maklumat tentang cara mendapatkan bantuan kesihatan mental dan nombor talian bantuan
  6. Dapatkan input daripada doktor pakar tempatan dan agensi kerajaan seperti KKM dan KKMM.
Kesihatan Mental Milik Semua, Bersama Cegah Bunuh Diri.


Media memainkan peranan penting dalam pencegahan bunuh diri kerana
  1. Laporan berhemah mampu mencegah bunuh diri
  2. Laporan yang kurang selamat boleh menyebabkan peniruan bunuh diri dan melukai perasaan individu terutamanya yang mengenali mangsa
  3. Media mampu menjadi agen perubahan yang mendidik dan membentuk pemikiran masyarakat
  4. Pencegahan bunuh diri adalah tanggungjawab bersama
  5. Media perlu memberi peluang kepada pembaca dan penonton untuk memberikan maklum balas apabila cara pelaporan berunsur kurang selamat


Laporan mengenai kes bunuh diri perlu dilaporkan secara berhemah.
  • Elakkan daripada melaporkan kaedah bunuh diri secara terperinci
  • Elakkan pelaporan yang mensensasikan dan membawa stigma
  • Elakkan pelaporan yang mencerminkan hanya satu punca yang menyebabkan mangsa bunuh diri
  • Elakkan pelaporan yang memaparkan bunuh diri sebagai penyelesaian kepada masalah hidup.
  • Jangan mendedahkan identiti mangsa
  • Elakkan daripada menggunakan gambar atau video yang memilukan
  • Elakkan daripada menyebarkan nota bunuh diri mangsa
  • Elakkan pengulangan berita bunuh diri yang sama terutamanya selebriti
  • Elakkan daripada meletakkan berita bunuh diri di muka depan atau tajuk utama


Penyampaian berita atau maklumat perlulah dilakukan mengikut etika pelaporan yang betul terutamanya jika ia melibatkan kejadian bunuh diri.

WHO menyarankan agar pelaporan kejadian bunuh diri perlu dibuat mengikut tip yang berikut. Kesihatan mental milik semua, bersama cegah bunuh diri.