Bilangan kes HIV telah menurun lebih 50% pada 2019 daripada 6,978 kes pada 2002 manakala kadar jangkitan vertikal HIV dari ibu ke anak berjaya dikekalkan di bawah 2%. Peratusan jangkitan HIV baru melalui suntikan juga telah menurun dari 74.2% (5,176 kes) pada 2002 kepada 4.6% (164 kes) pada 2019.
Dalam mencapai sasaran UNAIDS 90-90-90, Malaysia berjaya mempertingkatkan peratusan pemberian ubat anti-retroviral (ARV) kepada mereka yang hidup dengan HIV (PLHIV) dari 28% pada 2015 kepada 57% pada 2019.
Walaupun dunia kini sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19, Malaysia akan terus mengembleng tenaga dalam menangani isu HIV/AIDS ini demi mengakhiri pandemik ini selamanya.