Wednesday, December 9, 2020

Apa Itu "Herd Immunity"?

 Apa itu imuniti kelompok?

Apabila masyarakat dilindungi daripada jangkitan sesuatu penyakit, bakteria/virus tidak dapat menular dalam komuniti.

Imuniti kelompok boleh dicapai apabila 70%-90% daripada komuniti mempunyai imuniti terhadap sesuatu jangkitan penyakit.

Imuniti kelompok dapat melindungi golongan yang mempunyai sistem imun rendah daripada jangkitan bakteria/virus seperti:
• Bayi yang baru lahir
• Individu yang sistem tubuh tidak berfungsi sepenuhnya, seperti pesakit yang telah dibuang kelenjar 
  limpa (splenektomi)
• Pesakit yang menjalani kemoterapi
• Pesakit HIV/AIDS
• Warga tua dan lain-lain pesakit yang sangat kronik