Tekanan darah tingi (Hipertensi)
Apakah Yang Anda Perlu Tahu?
Apakah Yang Anda Perlu Tahu?
Tekanan darah tinggi (BP) dikenali sebagai hipertensi. Ia ditakrifkan sebagai peningkatan dalam bacaan sistolik BP (TDS) ≥130 mmHg dan/atau diastolik BP (TDD) ≥80 mmHg.
Tekanan darah kita direkodkan dalam dua bacaan:
Tekanan darah sistolik (bacaan pertama) - menunjukkan tahap tekanan darah kepada dinding arteri anda semasa jantung dalam fasa mengepam darah.
Tekanan darah diastolik (bacaan kedua) - menunjukkan tahap tekanan darah kepada dinding arteri anda semasa jantung dalam fasa berehat antara denyutan.
Kesan BP yang tinggi tidak dikawal
1) Sakit dada, juga dikenali sebagai angina
2) Serangan jantung, berlaku apabila bekalan darah ke jantung tersumbat dan sel otot
jantung mati akibat kekurangan oksigen. Semakin lama aliran darah terhalang, semakin
teruk kerosakan kepada jantung
3) Kegagalan jantung, berlaku apabila jantung tidak mampu mengepam darah dan oksigen
yang mencukupi kepada organ penting yang lain.
4) Denyutan jantung tidak sekata, boleh menyebabkan kematian mengejut
4) Denyutan jantung tidak sekata, boleh menyebabkan kematian mengejut
Isi kandungan berdasarkan "Adakah Anda Mempunyai Skor Jantung Yang Sihat", Upjohn Malaysia (a Viatris company)