Monday, December 14, 2020

Petua Untuk Hilangkan Migrain

Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja. Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur 45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka.Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. 

Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain.