Monday, December 21, 2020

Langkah Pencegahan Dan Kawalan Jangkitan Denggi Sebelum, Semasa Dan Selepas Banjir

Beberapa negeri telah dilanda banjir.

Ini yang anda boleh lakukan untuk mencegah jangkitan denggi.

Sebelum banjir :
  1.  Buang segala bekas yang boleh menakung air di persekitaran rumah
  2.  Periksa dan pastikan rain gutter di bumbung rumah tidak tersumbat
  3.  Letakkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas air yang sukar dikosongkan
  4.  Simpan bekalan repelan dan semburan aerosol pembunuh nyamuk di rumah
Semasa banjir :
  1.  Sapu losen repelan atau semburan repelan pada kulit yang terdedah
  2.  Lakukan semburan aerosol pembunuh nyamuk di ruang terlindung
  3.  Pakai baju lengan panjang dan seluar panjang yang berwarna cerah
  4. Tidur di dalam kelambu
Selepas banjir :
  1.  Lakukan aktiviti cari dan musnah
  2.  Lakukan semburan aerosol di dalam rumah sejurus sebelum masuk ke rumah
  3.  Rancang aktiviti gotong royong bersama komuniti