- Jaga jarak 1 meter semasa menjalankan kerja bantuan
- Pakai pelitup muka dan edarkan pelitup muka pada yang memerlukan
- Sentiasa basuh tangan dengan air dan sabun
- Elakkan bersesak dalam ruangan bantuan
- Jaga jarak semasa bergambar bersama mangsa dan sukarelawan
- Jangan bersalaman atau bersentuhan
250A, Jalan Air Itam, 10460 Pulau Pinang Tel:+604-2284140 Fax:+604-2264676 Email:ncsmpenang@gmail.com
Pages
- Home
- About Us
- Executive Committee
- Donate
- Cancer Support Groups in Penang
- Activities and Events
- Contact us
- Links
- 10 Early Warning Signs
- Female Screening
- Male Screening
- Breast Self Examination
- Breast Cancer
- Cervical Cancer
- Colorectal Cancer
- Nasopharyngeal Cancer
- Liver Cancer
- Lung Cancer
- Ovarian Cancer
- Prostate Cancer
- Testicular Cancer
- NCSM Toll Free Helpline
- NCSMPG: Proud To Be Volunteer
- NCSMPG : Blessed To Be Survivor
- NCSM ETIQA Free Mammogram
- Penang State Free Mammogram
- Insurance - Critical Illness & Health
- MyHealth : e-Majalah
- Upcoming Event : Save the Date
- Current Event : Happening Now!!!
- Items for Sale
Showing posts with label banjir. Show all posts
Showing posts with label banjir. Show all posts
Monday, January 11, 2021
Misi Elak Covid-19 Di Musim Banjir
Misi elak COVID-19 di Musim Banjir.
Thursday, January 7, 2021
Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit
1. Penyakit Bawaan Air dan Makanan
Penyakit bawaan air dan makanan kerap berlaku semasa dan selepas kejadian banjir adalah seperti demam kepialu (typhoid), taun/kolera, hepatitis A, disentri dan keracunan makanan.
Antara gejala penyakit ini seperti cirit-birit, muntah, demam, sakit perut, dan sakit kepala.
2. Penyakit Leptospirosis
Penyakit Leptospirosis adalah disebabkan oleh bakteria leptospira yang terdapat di dalam air kencing haiwan mamalia berkaki empat. Antara tanda-tanda penyakit leptospirosis ialah demam, sakit kepala, loya, muntah, sakit otot, kemerahan pada mata, ruam, sakit pada abdomen, jaundis dan air kencing berwarna kehitaman
3. Penyakit Konjunktivitis (Sakit mata)
Konjunktivitis atau Sakit Mata juga merupakan penyakit yang kerap terjadi semasa banjir.Penyakit yang disebabkan oleh kuman (bakteria atau virus) atau alahan
ini merupakan radang pada bahagian putih mata. Antara gejala sakit mata ialah mata merah,
berair dan pedih; discaj tahi mata yang berlebihan, mata terasa gatal dan mata sensitif terhadap cahaya.
4. Demam Denggi
Selepas banjir surut, banyak kawasan-kawasan yang berpotensi sebagai tempat pembiakan nyamuk Aedes. Antara tanda-tandanya ialah bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias,
sakit pinggang yang teruk.
Monday, December 21, 2020
Langkah Pencegahan Dan Kawalan Jangkitan Denggi Sebelum, Semasa Dan Selepas Banjir
Beberapa negeri telah dilanda banjir.
Ini yang anda boleh lakukan untuk mencegah jangkitan denggi.
Sebelum banjir :
Ini yang anda boleh lakukan untuk mencegah jangkitan denggi.
Sebelum banjir :
- Buang segala bekas yang boleh menakung air di persekitaran rumah
- Periksa dan pastikan rain gutter di bumbung rumah tidak tersumbat
- Letakkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas air yang sukar dikosongkan
- Simpan bekalan repelan dan semburan aerosol pembunuh nyamuk di rumah
Semasa banjir :
- Sapu losen repelan atau semburan repelan pada kulit yang terdedah
- Lakukan semburan aerosol pembunuh nyamuk di ruang terlindung
- Pakai baju lengan panjang dan seluar panjang yang berwarna cerah
- Tidur di dalam kelambu
Monday, November 23, 2020
Banjir & Covid-19
Amaran hujan lebat dan ribut petir sentiasa dikemaskini oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dari semasa ke semasa dan beberapa negeri telah dilanda banjir.
Patuhi arahan berpindah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.Ini yang anda boleh lakukan sebelum banjir.
Beberapa negeri telah dilanda banjir. Patuhi arahan berpindah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Ini tindakan yang anda boleh lakukan semasa banjir.
Banjir telah surut, banyak kerja-kerja pembersihan perlu dilakukan. Ini yang anda boleh lakukan selepas banjir.
Beberapa negeri telah dilanda banjir dan ada yang perlu berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Banjir.
Semasa di PPS Banjir, teruskan amalan norma baharu.
- Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer
- Kekalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter
- Pakai pelitup muka jika penjarakan fizikal tidak dapat dikekalkan
- Jangan bersembang dekat antara satu sama lain
- Jangan bersalaman atau bersentuhan
- Jangan berkongsi peralatan persendirian
Subscribe to:
Posts (Atom)










