Tuesday, December 15, 2020

Gula Darah Tinggi : Apakah Yang Anda Perlu Tahu?

Adakah anda mempunyai skor jantung yang sihat

Gula darah tinggi ialah satu masalah biasa untuk individu yang menghidap diabetes melitus. Anda hendaklah memastikan paras gula darah berada pada paras normal sebaik mungkin kerana jika anda mempunyai gula darah tinggi pada satu tempoh yang lama ia boleh merosakkan mata, saraf dan buah pinggang anda secara kekal.

Lama-kelamaan, glukos darah tinggi daripada penyakit diabetes juga boleh merosakkan saluran darah dan saraf yang mengawal jantung dan saluran darah anda. Semakin lama anda menghidap diabetes, semakin tinggi peluang anda mendapat penyakit jantung.

Isi kandungan berdasarkan "Adakah Anda Mempunyai Skor Jantung Yang Sihat", Upjohn Malaysia (a Viatris company)