Sila buat temujanji di Klinik Kesihatan KKM terdekat untuk mengelak daripada kesesakan dan patuhi norma baharu. Sebarang persoalan boleh diajukan kepada KKM di talian 03-8883 4003 atau emel: imunisasi@moh.gov.my
Hubungi Klinik Kesihatan berhampiran untuk maklumat lanjut.
Pemberian suntikan Vaksin Pneumokokal di Klinik Kesihatan KKM akan bermula pada 1 Disember 2020 untuk kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya.
Vaksin ini akan diberikan sebanyak 3 dos iaitu 2 dos primer pada umur 4 bulan dan 6 bulan; diikuti 1 dos penggalak (booster) pada umur 15 bulan.