Tuesday, December 15, 2020

Kolesterol Tinggi : Apakah Yang Anda Perlu Tahu?

 Adakah anda mempunyai skor jantung yang sihat?

Kolestrol tinggi (Hiperkolesterolamia)

Hiperkolesterolamia ialah keadaan yang disebabkan oleh paras kolesterol yang terlalu tinggi di dalam darah.

Risiko Mempunyai Kolestrol Tinggi
1) Sakit dada
2) Serangan Jantung
3) Strok
4) Penyakit buah pinggang kronik

Menguruskan Kolesterol Tinggi

1) Bersenam mencegah paras kolesterol darah yang tinggi
2) Pemakanan seimbang (kandungan lemak tepu rendah) mengurangkan aras kolesterol 
    jahat
3) Asid berlemak (membina lelemak dalam badan kita dan makanan yang kita makan) 
    merendahkan paras trigliserida

Ubat untuk Merendahkan Kolesterol

Statin - Menghalang penghasilan kolesterol di dalam hati, oleh itu mengurangkan kolesterol di dalam darah.

Sekuestran asid hempedu - Mengurangkan jumlah kolesterol LDL yang beredar di dalam darah.

Asid nikotinik - Menghalang sintesis lipoprotein dan mengurangkan penghasilan VLDL di dalam hati.

Fibrates - Lazimnya ubat ini mengurangkan paras kolesterol LDL.

Perencat penyerapan kolesterol - Menghalang penyerapan kolesterol daripada makanan dan jus hempedu.

Isi kandungan berdasarkan "Adakah Anda Mempunyai Skor Jantung Yang Sihat", Upjohn Malaysia (a Viatris company)