Tuesday, December 22, 2020

Carta Alir Pengurusan Pengembara Yang Masuk Ke Malaysia Dari Luar Negara Dengan Keputusan PCR Covid-19

Sebelum berlepas, pengembara yang masuk ke Malaysia dari luar negara perlu memuat turun dan mengisi deklarasi kesihatan dalam aplikasi MySejahtera dan menjalani ujian swab RT-PCR COVID-19 dalam tempoh 3 hari sebelum berlepas.

Apabila tiba di Malaysia, pengembara perlu mengimbas kod QR MySejahtera untuk “Pengembara Luar Negara” dan menjalani saringan suhu dan gejala.

Pengembara Bergejala :

Pengembara akan diuruskan oleh Pengurusan pengembara bergejala

Pengembara Tidak Bergejala :

1. Mempunyai keputusan laporan ujian makmal COVID-19 :
 

Pengembara perlu melalui proses kuarantin wajib 7 hari dan ujian swab RTK-Ag / RT-PCR pada hari ke-5 kuarantin. Pelepasan kuarantin adalah pada hari ke-7.

2. Tidak mempunyai keputusan laporan ujian makmal COVID-19 :

Pengembara perlu menjalani ujian swab RT-PCR semasa ketibaan dan menjalani kuarantin wajib 10 hari. Ujian swab RTK-Ag / RT-PCR akan dilakukan pada hari ke-8 kuarantin. 

Pelepasan kuarantin adalah pada hari ke-10. Walaupun tempoh kuarantin telah disingkatkan ke 10 hari, namun pengembara perlu meneruskan penilaian kendiri sehingga hari ke-14.


Pengurusan pengembara yang masuk ke Malaysia dari Luar Negara bermula 14 Disember 2020.

Mempunyai keputusan laporan ujian makmal COVID-19:
  •  Kuarantin wajib 7 hari
  •  Ujian swab RTK-Ag / RT-PCR pada hari ke-5.
  •  Pelepasan kuarantin pada hari ke-7.
  •  Teruskan penilaian kendiri sehingga hari ke-14.
Tidak mempunyai keputusan laporan ujian makmal COVID-19:
  •  Ujian swab RT-PCR semasa ketibaan
  •  Kuarantin wajib 10 hari.
  •  Ujian swab RTK-Ag / RT-PCR pada hari ke-8
  •  Pelepasan kuarantin pada hari ke-10.
  •  Teruskan penilaian kendiri sehingga hari ke-14.

Management of Travellers Entering Malaysia from other countries starting 14 December 2020.


Tempoh kuarantin wajib dikurangkan daripada 14 hari ke 10 hari bagi
  • Individu yang pulang dari luar negara
  • Kontak rapat kes positif di Malaysia
Bersama putuskan rantaian COVID-19