Tuesday, February 15, 2022

Sawan Demam

Sawan atau tarik adalah cetusan aktiviti elektrik mendadak yang berlaku di dalam otak yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkahlaku atau aktiviti kanak-kanak tersebut.

Sawan ini boleh berlaku disebabkan penyakit epilepsi, atau pun juga disebabkan oleh demam sawan, garam-galian yang tidak normal dalam tubuh termasuk hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).

Jika berlaku sawan pada anak atau pesakit:

Sentiasa tenang dan jangan panik. Mengiringkan pesakit ke kiri. Sentiasa bersama pesakit dan dapatkan pertolongan doktor jika sawan berterusan lebih dari 5 minit.

Rawatan kecemasan diperlukan jika kanak-kanak atau pesakit tersebut mengalami kekejangan yang berpanjangan.